Hujan berterusan tahap waspada di pedalaman, pantai barat, Sandakan dan Kudat hingga 28 Disember

Hujan berterusan tahap waspada di pedalaman, pantai barat, Sandakan dan Kudat hingga 28 Disember

Kota Kinabalu: Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di bahagian Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat sehingga 28 Disember ini.

Menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan jabatan itu tengah hari tadi, amaran itu turut membabitkan Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara daerah yang turut terbabit dengan amaran itu ialah Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort bagi kawasan Pedalaman serta Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan di bahagian Sandakan.

Di Sarawak, amaran sama turut dikeluarkan bagi bahagian Miri yang membabitkan daerah Subis, Beluru, Miri dan Marudi, selain bahagian Limbang.

Kemas kini situasi semasa cuaca buruk di Sabah dan Sarawak itu turut membabitkan ramalan berlaku angin kencang berkelajuan antara 50 – 60 kilometer (km) sejam dengan ombak mencapai sehingga 4.5 meter.

Keadaan itu dijangka boleh berlaku di perairan Sabah dan Sarawak sepanjang tempoh berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|