Hospital HQE II kesan waris jenazah belum dituntut 

Hospital HQE II kesan waris jenazah belum dituntut 

Kota Kinabalu: Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) sedang mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang lelaki yang meninggal dunia di hospital berkenaan.

Pengarah HQE II, Dr Razak Tambi berkata, jenazah adalah pesakit lelaki dikenali sebagai Arsan, berbangsa Suluk yang meninggal dunia di Wad Perubatan Am pada 25 Julai lalu.

“Namun sehingga kini belum ada waris datang menuntut jenazah berkenaan.

“Jenazah sudah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HQE II,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris si mati diminta menghubungi pihak Forensik HQE di talian 088-234600 dengan sambungan 4000 atau 4001.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|