Hanya operasi rutin – Polis

Hanya operasi rutin – Polis

Sandakan: Polis Sandakan menegaskan tiada sebarang tangkapan berkaitan kumpulan Abu Sayyaf di daerah ini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, gambar yang tular di media sosial itu adalah tugas pemeriksaan dan operasi rutin yang dijalankan oleh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi keselamatan yang lain.

“Polis mengesahkan tidak ada sebarang tangkapan berkaitan Kumpulan Abu Sayyaf di daerah ini sebagaimana ditularkan di Facebook dan media sosial lain baru-baru ini.

“Gambar yang tular memaparkan pihak keselamatan sedang menjalankan pemeriksaan adalah tugas pemeriksaan dan operasi rutin pasukan keselamatan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Fuad meminta orang ramai agar sentiasa menghubungi polis sekirannya terdapat sebarang kemusykilan bagi mendapatkan pengesahan.

Katanya, tindakan menularkan isu-isu yang boleh mendatangkan kegusaran pada masyarakat awam adalah satu kesalahan.

“Individu yang melakukan perbuatan sedemikian boleh dikenakan tindakan mengikut Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” jelasnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|