221 mangsa banjir di Pitas dipindahkan ke PPS

221 mangsa banjir di Pitas dipindahkan ke PPS

Pitas: Seramai 221 penduduk daripada 69 keluarga di beberapa kampung di daerah ini dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS), sejak pagi tadi hingga malam ini.

Semua mangsa banjir ditempatkan di dua PPS iaitu PPS SK Pitas II dan PPS SK Rukom.

Mangsa banjir dipindahkan ke PPS di Pitas. Pix Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya telah memindahkan lima penduduk Kampung Tombilion, ke PPS SK Pitas II, pagi tadi.

Katanya, setakat ini tambahan empat PPS dibuka iaitu PPS Kampung Kusilad, PPS SK Rukom, PPS Kampung Sinukan dan PPS Salompodon.

“Seramai 221 mangsa banjir termasuk orang kurang upaya (OKU) membabitkan 69 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu SK Pekan II dan SK Rukom.

“Pemindahan mangsa seterusnya tidak dapat dijalankan disebabkan arus deras air banjir,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, semua mangsa menumpang di rumah saudara sementara menunggu PPS beroperasi sepenuhnya susulan kesukaran pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masuk ke kawasan berkenaan.

“Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Operasi pemindahan mangsa banjir turut dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|