Hajiji terima taklimat keselamatan makanan

Hajiji terima taklimat keselamatan makanan

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini diberikan taklimat mengenai aspek keselamatan makanan negara (food security) dan usaha berterusan ke arah mengukuhkannya.

Taklimat disampaikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ketika kunjungan hormat di Menara Kinabalu, pagi tadi.

Hajiji menerima kunjungan hormat Ronald bersama timbalannya, Nik Muhammad Zawawi di Menara Kinabalu.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh;Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementerian, Datuk Badrul Hisham, Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohd Zabawi Abdul Ghani; Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas, Mohd Khairuzamri M Salleh dan Chief Commercial Business Agrobank, Azman Md Isa.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar
Untong.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|