Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India Ke Malaysia, Tuan Yang Terutama BN Reddy di pejabatnya, di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Hajiji dan Reddy mengadakan perbincangan mengenai hubungan dan jalinan kerjasama dua hala yang lebih rapat di antara Sabah dan India terutamanya melalui kerjasama perdagangan dan komersial.
Ia adalah kunjungan hormat kedua Reddy kepada Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri.
Beliau turut menghadiri sambutan ulang tahun ke 75 Sabah Indian Association (SIA) di Kota Kinabalu pada Ahad lalu.
-Deasoka