Hajiji serah lembu korban di IPD Tuaran

Hajiji serah lembu korban di IPD Tuaran

Tuaran: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu Korban di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tuaran di sini pagi tadi.

Hajiji menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor di Kampung Serusop, Tuaran.

Beliau bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri yang juga ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai dan Pembantu Menteri Kewangan negeri yang juga ADUN Pantai Dalit, Jasnih Daya secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Noraidin Ag Maidin.

Hajiji beramah mesra dengan jemaah setelah selesai menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor di Kampung Serusop, Tuaran.

Terdahulu, Hajiji menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor Kampung Serusop, Tuaran bersama penduduk di sekitar kampung berkenaan.

Hajiji menyempurnakan acara simbolik penyerahan lembu korban kepada Noraidin di IPD Tuaran.

Hajiji turut mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|