40 kes pokok tumbang dilaporkan dalam tempoh 24 jam

40 kes pokok tumbang dilaporkan dalam tempoh 24 jam

Kota Kinabalu: Hujan dan ribut yang melanda malam tadi, menyebabkan berlaku sekurang-kurangnya 40 kejadian pokok tumbang di seluruh negeri ini, sejak semalam.

Antara daerah yang terjejas akibat pokok tumbang ialah Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Kudat, Sipitang, Tenom, Kimanis, Papar, Beaufort dan Kuala Penyu.

Operasi membersihkan pokok tumbang akibat angin kencang di sekitar Kota Kinabalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara berkata, kes paling banyak dilaporkan di daerah Kuala Penyu dengan 10 kes.

Katanya, ia diikuti dengan daerah Penampang dengan lapan kes dan Kota Kinabalu yang membabitkan lima kes.

Operasi memotong dan pengalihan pokok yang tumbang

“Manakala bagi daerah lain yang terlibat adalah Tuaran dengan empat kes dan masing-masing dua kes di daerah, Sipitang, Kunak, Kudat, Kimanis dan Papar.

“Manakala daerah Beaufort pula hanya membabitkan satu kes pokok tumbang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Misran berkata, setakat ini, tiada mangsa cedera atau kematian yang dilaporkan dalam semua kejadian yang kebanyakan membabitkan runtuhan ke atas kenderaan.

Katanya, semua operasi memotong dan pengalihan pokok yang tumbang sudah selesai dijalankan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|