Hajiji serah kenderaan untuk kegunaan UPPM turun padang

Hajiji serah kenderaan untuk kegunaan UPPM turun padang

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyoya Hilux untuk kegunaan tujuh pejabat kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Jabatan Ketua Menteri.

Majlis itu berlangsung di lobi utama Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Hajiji (enam kanan) bersama Safar dan Matbali serta PPM kawasan selepas penyerahan tujuh kenderaan jenis Hilux kepada Pejabat Kawasan UPPM di lobi utama Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.

Pada majlis itu, Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri menyerahkan replika kunci kereta kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, Kiulu, Tambunan, Sindumin, Lumadan, Nabawan dan Labuk.

Pengarah UPPM negeri, Datuk Matbali Musah dalam taklimatnya kepada Hajiji berkata, penyerahan tujuh kereta itu adalah untuk fasa pertama.

Katanya, pada tahun ini UPPM dijangka menyerahkan sebanyak 40 kereta untuk kegunaan pejabat kawasan UPPM, manakala baki 33 kereta lagi akan diserahkan pada tahun depan.

“Kereta ini adalah untuk kegunaan PPM dan kakitangan pejabat kawasan UPPM yang sering turun padang melawat kampung-kampung dan rakyat yang menghadapi masalah dalam kawasan DUN masing-masing, termasuk banjir dan lain-lain,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam dan Pegawai Tadbir UPPM, Musliati Moslimin.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|