Hajiji pengerusikan Mesyuarat JKKN Sabah

Hajiji pengerusikan Mesyuarat JKKN Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sabah yang diadakan di Menara Kinabalu, di sini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Sarul Bahiyah Abu dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Ag Shahminan Ag Sahari.

Hajiji berbincang bersama Idris (kanan) sambil diperhatikan Safar (dua kanan) dan Noor Alam (kiri) pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sabah di Menara Kinabalu.

Hadir sama ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah; Panglima 5 Briged, Markas Divisyen Kelima Infantri, Mej Jen Datuk Mohd Halim Khalid; Timbalan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Brig Jen Adnan Abu Hassan; Ketua Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Salleh
Yahya; dan Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|