Covid-19 Sabah: Tujuh daerah catat kes baharu dua angka

Covid-19 Sabah: Tujuh daerah catat kes baharu dua angka

Kota Kinabalu: Sebanyak tujuh daerah kembali mencatat kes Covid-19 dua angka hari ini, berbanding hanya empat daerah semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata daerah terbabit ialah Kota Kinabalu (42), Penampang (29), Beaufort (27), Papar (14), Sandakan (13) dan Keningau serta Tuaran masing-masing 10 kes.

“Beberapa daerah mencatat pertambahan yang tinggi seperti Penampang yang menambah 17 kes, Beaufort naik 23 kes dan Keningau mencatat 10 kes setelah merekodkan sifar kes semalam,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Secara keseluruhan, jumlah jangkitan baharu Covid-19 di Sabah kembali naik hari ini kepada 198 kes, naik 58 kes berbanding semalam.

Masidi berkata, peratusan kes jangkitan sporadik juga naik kepada 58 peratus hari ini daripada 55 peratus semalam.

“Kita boleh simpulkan bahawa apabila peratusan jangkitan sporadik itu naik, ia berkemungkinan akan mengakibatkan pertambahan kes baharu pada hari yang seterusnya.

“Kita juga mengambil kira bahawa penarikan pelbagai sekatan ke atas aktiviti sosial dan ekonomi mulai bulan ini sedikit sebanyak akan menyumbang kepada jumlah kes yang bertambah dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata, seramai 193 daripada 198 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, diikuti tiga pesakit dalam Kategori 4 dan dua pesakit dalam Kategori 5, manakala tiada pesakit dalam Kategori 3.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 5 April 2022
Sabah 198 (140)

Kota Kinabalu 42 (37)
Penampang 29 (12)
Beaufort 27 (4)
Papar 14 (5)
Sandakan 13 (5)
Keningau 10 (0)
Tuaran 10 (21)
Tawau 7 (5)
Lahad Datu 6 (2)
Sipitang 6 (3)
Ranau 5 (2)
Tambunan 4 (5)
Kota Belud 4 (3)
Kuala Penyu 3 (9)
Kota Marudu 3 (3)
Putatan 3 (0)
Kinabatangan 2 (0)
Kunak 2 (1)
Nabawan 2 (0)
Pitas 2 (2)
Kudat 2 (3)
Tenom 1 (13)
Tongod 1 (0)
Semporna 0 (1)
Beluran 0 (2)
Telupid 0 (2)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 4 April 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|