Hajiji lawat Jahid di QEH

Hajiji lawat Jahid di QEH

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, melawat Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim di Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini, petang tadi.

Beliau yang diiringi Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Safar Untong tiba di QEH pada jam 5.20 petang dan disambut isteri Jahid, Datin Malianah Ugau serta keluarganya.

Hajiji diiringi Safar bertanya khabar kepada Malianah ketika menziarahi Jahid di QEH, Kota Kinabalu.

Hajiji meluangkan masa kira-kira 20 minit menziarahi Jahid yang masih menerima rawatan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menemui ahli keluarganya.

Malianah yang berterima kasih terhadap lawatan Hajiji berkata, keadaan Jahid semakin stabil dan pulih.

“Terima kasih di atas doa semua pihak. Alhamdulillah, keadaan kesihatan Jahid semakin beransur pulih,” katanya.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli dilaporkan tidak sihat ketika melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan PETRONAS di Pitas pada 27 Ogos lalu.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dikejarkan ke Hospital Pitas sebelum dipindahkan ke QEH untuk rawatan lanjut.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|