Hajiji hadir sambutan Krismas dan tahun baharu, kesyukuran Parlimen Keningau

Hajiji hadir sambutan Krismas dan tahun baharu, kesyukuran Parlimen Keningau

Tambunan: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini menghadiri Majlis Sambutan Krismas, Majlis Kesyukuran Parlimen Keningau dan Sambutan Tahun Baharu 2023 di sini.

Majlis yang diadakan di Dewan Pisompuruan Square Tambunan itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Hajiji dan Jeffrey memotong kek sempena ulang tahun Ke-12 United Borneo Front (UBF).

Pada majlis yang sama, Hajiji dan Jeffrey yang juga ADUN Tambunan turut memotong kek sempena ulang tahun Ke-12 United Borneo Front (UBF).

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin; Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik; Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir; Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng dan ADUN Liawan, Datuk Annuar Ayub.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|