Hajiji hadir mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri di Putrajaya

Hajiji hadir mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri di Putrajaya

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-138 di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Mesyuarat itu yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antaranya membincangkan isu pentadbiran dan berkaitan pembangunan rakyat.

Hajiji seterusnya akan mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan diadakan selama dua hari mulai esok di Istana Negara.

Dalam lawatan kerja ke Kuala Lumpur sejak Isnin, Hajiji turut diwakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan untuk menghadiri Mesyuarat Sesi Libat Urus Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
Undang-Undang) bersama ketua parti di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Hotel Le Meridien, KL Sentral, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|