Hajiji bertemu pendaki Everest dari Sabah

Hajiji bertemu pendaki Everest dari Sabah

Kuala Lumpur: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, hari ini mengambil peluang bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada dua rakyat Sabah yang terpilih mengikuti ekspedisi menawan Gunung Everest bermula 26 Mac ini.

Dua rakyat Sabah itu ialah Lt Kol (PA) Ag Askandar Ampuan Yaacub, 55, dari Kampung Benoni, Papar, yang kini bertugas sebagai Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah dan Ayu Wanirah Naharuddin, 30, dari Kampung Jawa, Tawau, yang bekerja di Johor.

Hajiji meluangkan masa hampir sejam bersama kedua-dua pendaki.

Ag Askandar dan Ayu Wanirah adalah antara 11 orang termasuk jurulatih dan pendaki orang kurang upaya (OKU) yang akan menyertai Misi Keluarga Malaysia Everest 2022 selama tiga bulan sehingga Jun ini.

Hajiji meluangkan masa hampir sejam bersama kedua-dua pendaki berkenaan termasuk menyerahkan bendera Negeri Sabah untuk dikibarkan di puncak Gunung Everest.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|