Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, sempat meluangkan masa bertemu delegasi asing yang hadir pada Sidang Kemuncak Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa Sabah (SIBES) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.
Antara mereka ialah Duta Sepanyol ke Malaysia, Jose Miguel Corvinos Lafuente; Duta Republik Czech, Milan Hupcej; Duta Switzerland, Andrea Reichin dan Duta Persekutuan Russia, Naiyl M Latypov.
Turut ditemui Haiji ialah Duta Romania, Nineta Barblescu; Duta Sweden, Dr Joachim Bergstrom; Duta Itali, Massimo Rustico; Duta Republik Korea, Lee Chi Beom dan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Pam Chong Dunn.
Pelbagai topik yang ada kepentingan bersama, selain kerjasama berpotensi dibincangkan, khususnya berkaitan pelaburan yang boleh diterokai di Sabah.
Hajiji sebelum itu merasmikan SIBES yang antara lain memberi pendedahan kepada peserta persidangan dari pelbagai negara mengenai peluang pelaburan dan perniagaan di Sabah.
-Deasoka