Hajiji berbuka puasa bersama AJK 3 Peringkat BERSATU Tuaran

Hajiji berbuka puasa bersama AJK 3 Peringkat BERSATU Tuaran

Tuaran: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Jawatankuasa 3 Peringkat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tuaran di kediamannya di Kampung Serusup, di sini, petang tadi.

Hajiji adalah Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah dan Ketua Bahagian BERSATU Tuaran.

Hajiji berbuka puasa bersama pemimpin BERSATU Bahagian Tuaran di kediamannya di Kampung Serusup, Tuaran.

Ahli Jawatankuasa (AJK) 3 Peringkat yang hadir terdiri daripada AJK BERSATU Bahagian, AJK Srikandi dan Armada BERSATU Bahagian Tuaran.

Antara yang hadir ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Julia Salag; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Tuaran, Datuk Abdul Kassim Razali dan Naib Ketua Bahagian, Datuk Johari Saiman.

Turut hadir ialah Ketua Armada Bahagian Tuaran, Mohammad Ghazali Hajiji; Setiausaha Bahagian, Afizal Aldin; Ketua Penerangan, Jamlin Ladin dan Bendahari Bahagian, Abd Kanaan Abd Razak.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di daerah Tuaran.

Terdahulu, Hajiji mempengerusikan Mesyuarat BERSATU Bahagian Tuaran di pejabat parti tu di Pekan Tuaran.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|