Guru wanita meninggal dunia tersepit dalam kereta

Guru wanita meninggal dunia tersepit dalam kereta

Kinabatangan: Seorang guru wanita maut selepas tersepit dalam kemalangan di Jalan Labuk, Kampung Perpaduan, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 31 tahun yang dikatakan mengajar di sebuah sekolah di Kinabatangan disahkan meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan dari kereta Perodua Kenari yang dipandunya.

Mangsa berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kenderaannya terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.07 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba dan penyelamat melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan Perodua Kenari.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan dan operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan pasukan Bomba.

“Bagaimanapun sebaik dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,”katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner yang juga milik Hospital Duchess of Kent, Sandakan, pula hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, mayat mangsa lkemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba kemudiannya membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.01 petang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|