Guru rebah sebelum meninggal dunia di sekolah

Sandakan: Seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sakilan Desa, di sini dilaporkan meninggal dunia ketika bertugas di sekolah berkenaan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, guru terbabit, Alipudin Aliasan, 55, dilaporkan rebah sebelum tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu.

Difahamkan, sebelum rebah, arwah sempat menabur bakti kepada anak muridnya, namun setakat ini belum ada pengesahan mengenai punca kematian beliau.

Rakan setugas yang terkejut dengan pemergian arwah secara tiba-tiba itu sempat membacakan Surah Yassin terhadap Allahyarham ketika menunggu ketibaan polis untuk proses siasatan dan dibawa ke hospital.

Pegawai Pendidikan Sandakan, Dr Dalmansah Tahil berkata, arwah yang mengajar subjek Bahasa Malaysia, Sains dan beberapa subjek lain lagi sudah 30 tahun menjadi guru.

“Beliau seorang yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan saya berharap ahli keluarga arwah tabah menghadapi situasi ini.

“Kita doakan semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp, di sini, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|