Lori tangki bawa minyak sawit terbakar

Sandakan: Seorang pemandu lori tangki berdepan detik cemas apabila kenderaan yang membawa muatan minyak sawit itu terbakar di Batu 25, Jalan Labuk, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 11.50 pagi.

Anggota bomba memadam kebakaran lori tangki membawa muatan minyak sawit dalam kejadian di Batu 25, Jalan Labuk, Sandakan.

Katanya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Sandakan bersama jentera dan EMRS dikerah ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi kejadian, bahagian kepala lori tangki membawa muatan minyak sawit terbakar dan operasi memadam dijalankan menggunakan tiga tong foam, satu aliran dari tangki jentera.

Keadaan lori tangki yang terbakar dalam kejadian di Batu 25, Jalan Labuk, Sandakan.

“Operasi terkawal jam 12.30 tengah hari tadi dan pemandu lori berusia 47 selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Operasi ditamatkan kira-kira jam 1 tengah hari tadi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|