Guru dari Sandakan dinobat Unduk Ngadau 2022

Penampang: Guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai-Sungai Beluran, Freneritta Sobitun dinobatkan sebagai pemenang Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2022.

Unduk Ngadau (UN), Freneritta berusia 25 tahun berjaya menewaskan 44 peserta lain yang turut mara ke pusingan akhir.

Antara barisan pemenang Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2022. Kredit gambar Mohd Adam Hj Arinin

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), kemenangan terbabit sekali gus menyaksikan Freneritta mengambil alih takhta UNK daripada pemenang UNK 2021, Maya Hejnowska.

Freneritta membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM122,529 termasuk wang tunai sebanyak RM12,000 dan biasiswa pendidikan dari Asian Tourism International (ATI) bernilai RM35,000.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Esther Marius yang mewakili daerah Papar manakala tempat ketiga dimiliki wakil dari Ranau, Deedee Cassandra Dallius.

Sementara itu, tempat keempat hingga ketujuh masing-masing dimenangi oleh Carolyn Tony (Penampang), Allveanna Loimin (Kiulu), Evanatie Sannie (Kota Marudu ) dan Sylvernie Belinda Engelbert (Inanam).

Terdahulu, UNK 2022 adalah acara kemuncak sambutan Pesta Kaamatan yang diadakan sepanjang bulan Mei di Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|