GRS tidak kisah siapa Perdana Menteri

GRS tidak kisah siapa Perdana Menteri

Tenom: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak kisah siapa menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bulan depan.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata bagi gabungan itu, mereka hanya mahu hak Sabah dikembalikan.

“Kita di Sabah tidak peduli siapa Perdana Menteri di Kuala Lumpur. Apa yang penting hak Sabah dikembalikan dan kita dapat pilih pemimpin wakili kita di Pusat.

“Sehubungan itu, apa yang penting ialah GRS mesti menang,” katanya pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya GRS Parlimen Tenom, di sini, hari ini.

Jeffrey yang juga Timbalan Pengerusi GRS, berkata politik Sabah pada masa ini sudah berubah dan pemimpinnya sedar yang selama ini mereka banyak bermusuh sesama sendiri.

“Hampir 50 tahun baru kita sedar tetapi biarlah terlewat daripada tiada. Sekarang kita bersatu kembali dalam GRS kerana kita sedar apabila berpecah, kita bazir banyak tenaga, wang dan fikiran untuk cantas antara satu sama lain.

“Jadi tibalah masanya kita bersatu di Sabah kerana kalau kita asyik berpecah, berlawan, lupakan rakyat, diri dan kawan, akibatnya kita boleh lihat Sabah jadi negeri termiskin,” katanya.

Katanya, Sabah ketinggalan berbanding Sarawak dan lebih ketinggalan apabila tidak bersatu berikutan perbezaan politik yang berlaku sejak sekian lama.

Beliau berkata, GRS yang menyatukan perjuangan pelbagai parti di Sabah menjadi harapan baharu politik negeri dalam menumpukan perjuangan mengangkat Sabah sebagai negeri berautonomi dan merdeka.

“Mujur kesedaran ini berlaku perlahan- lahan sejak satu dua tahun lalu untuk digunakan menyatupadukan kita semua di Sabah,” katanya.

-Deasoka

Share

Written by:

1,152 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!