Golongan asnaf, kanak-kanak terima sumbangan Aidilfitri di Sipitang

Sipitang: Seramai 100 penerima sumbangan terdiri daripada golongan asnaf di daerah ini diraikan sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aifilfitri pada tahun ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sipitang, Sani Miasin berkata, sumbangan ikhlas itu disampaikan oleh Sawit Kinabalu kepada golongan asnaf yang terpilih.

Sani menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak dari Kampung Sungai Tiga Sipitang.

“Saya juga telah menyampaikan sumbangan peribadi seikhlas hati kepada 57 kanak-kanak dari Kampung Sungai Tiga Sipitang.

“Sebelum ini pun saya telah membuat Program Ziarah Kasih Ramadan menyantuni seramai 329 kanak-kanak tadika Kemas dan Perpaduan Daerah Sipitang,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan di Surau An-Nur Kampung Sungai Tiga, di sini, semalam.

Beliau yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sindumun berkata, menerusi perkongsian rezeki itu dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama penduduk kampung.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|