Gempar pejabat di Jalan Segama terbakar

Gempar pejabat di Jalan Segama terbakar

Kota Kinabalu: Suasana di Jalan Segama, di sini, gempar apabila sebuah pejabat di tingkat satu terbakar, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.50 malam, tindakan pantas bomba bagaimanapun berjaya mengawal api daripada merebak ke deretan premis bersebelahan.

Keadaan pejabat di tingkat satu di Jalan Segama, yang terbakar 80 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.59 malam.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan bangunan pejabat di tingkat satu dan pasukan bomba segera bertindak memadam kebakaran.

“Bomba berjaya mengawal kebakaran jam 9.15 malam dan pejabat berkenaan terbakar 80 peratus,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurutnya, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan terbabit.

“Pasukan bomba masih menyiasat punca sebenar kejadian dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 10.10 malam,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|