Gempa bumi lemah landa Kundasang

Gempa bumi lemah landa Kundasang

Ranau: Gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di daerah Kundasang pada jam 7.27 pagi tadi.

Gempa bumi lemah itu dikesan berlaku di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan magnitud 3.1.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan, gempa bumi itu dikesan pada jarak 13 kilometer barat laut dari Ranau.

Katanya, gegaran pada kedalaman 10 kilometer itu turut dapat dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau.

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Talib ketika dihubungi berkata, setakat ini, bomba tidak menerima sebarang aduan susulan gempa bumi itu.

Bagaimanapun katanya, BBP Ranau akan terus melakukan pemantauan di sekitar kawasan Pekan Kundasang dan Ranau.

“Setakat ini keadaan terkawal dan hasil laporan pasukan bomba yang memantau, tiada kerosakan bangunan dilaporkan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|