Gempa bumi lemah di Beluran – MetMalaysia

Gempa bumi lemah di Beluran – MetMalaysia

Kota Kinabalu: Gempa bumi lemah berukuran 3.8 skala richter dikesan berlaku di daerah Beluran, pada jam 8.39 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, gempa bumi itu berlaku pada koordinat 6.5 darjah utara dan 117.5 darjah timur di Beluran.

“Gempa bumi itu dikesan 47 kilometer timur dari Pitas, dengan kedalaman tujuh kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di Beluran dan sekitarnya. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|