Gelombang biru penuhi Padang Bandaran Tawau

Gelombang biru penuhi Padang Bandaran Tawau

Tawau: Kira-kira 7,000 penyokong Barisan Nasional (BN) membanjiri Padang Bandaran Tawau pada Himpunan Gelombang Biru BN Tawau dan Kalabakan, semalam.

Program yang dirasmikan Timbalan Pengerusi BN Sabah, Datuk Yakub Khan itu turut dihadiri barisan pemimpin parti komponen BN.

Penyokong BN membanjiri Padang Bandaran Tawau pada Himpunan Gelombang Biru di Tawau.

Antara yang hadir ialah Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin; Bendahari UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi MCA Sabah, Lu Yen Tung.

Hadir sama Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy dan Ketua UMNO Tawau, Ghazalie Ansing.

Menerusi perkongsiannya, Shahril menyifatkan perhimpunan itu menjadi bukti UMNO dan BN tidak terkubur di Sabah.

“Ada yang sebut UMNO sudah terkubur di Sabah. Himpunan hari ini menjadi bukti walau 10 yang pergi, 1,000 akan datang mengganti. UMNO dan BN tidak akan terkubur di Sabah kerana ramai masih setia dengan kami.

“Seronok dapat berucap depan begitu ramai orang semenjak kali terakhir ke Tawau semasa PRN Sabah. Semoga gelombang biru ini diteruskan ke seluruh negeri Sabah untuk memastikan kemenangan besar BN pada PRU-15,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|