Gelanggang sabung ayam dimusnahkan

Gelanggang sabung ayam dimusnahkan

Tawau: Tindakan pantas polis berjaya mematahkan satu usaha mengaktifkan aktiviti perjudian sabung ayam di daerah ini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, sebaik usaha jenayah itu dikesan, polis terus bertindak memusnahkan binaan gelanggang sabung ayam di sebuah ladang sawit, di sini.

Katanya, maklumat pembinaan gelanggang sabung ayam berkenaan diterima daripada orang awam.

“Sebaik maklumat diterima, polis bahagian siasatan jenayah dan Balai Polis Tawau terus membuat serbuan di lokasi berkenaan.

“Tindakan memusnahkan gelanggang sabung ayam itu diambil bagi mengelakkan aktiviti menyalahi undang-undang berkenaan tidak diteruskan pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Jasmin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung salah laku jenayah boleh boleh kepada pihak polis menerusi aplikasi ‘Volunteer Smartphone Patrol’ yang boleh dimuat turun melalui telefon bimbit masing-masing.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|