Fenomena air pasang tertinggi dijangka berlaku di perairan Kota Kinabalu malam esok

Fenomena air pasang tertinggi dijangka berlaku di perairan Kota Kinabalu malam esok

Kota Kinabalu: Fenomena Air Pasang Perbani atau air pasang tertinggi bulanan dijangka berlaku di kawasan perairan Kota Kinabalu, sekitar jam 11 malam esok (25 Disember).

Dalam satu kenyataan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) memaklumkan ia dijangka berlaku berdasarkan data ramalan air pasang surut, dengan anggaran ketinggian 1.307 meter dari Aras Purata Air Laut (MSL).

“Paras air pasang ini dijangka lebih tinggi berbanding dengan kejadian limpahan air laut di sekitar Tanjung Lipat, Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang pada 22 Disember lalu.

“Ketija itu paras air laut sekitar 0.797 meter berdasarkan kepada bacaan sebenar ketinggian aras laut di Stesen Tolok Air Pasang Surut (STAPS) Kota Kinabalu,” katanya.

Secara umum, kombinasi air pasang dan tiupan angin kencang di perairan Pantai Barat Sabah dijangka boleh mengakibatkan ombak besar serta kemungkinan berlaku limpahan air laut di pesisiran pantai sekitar Kota Kinabalu bermula malam ini hingga 28 Disember ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|