Enjin bot rosak di laut, enam individu diselamatkan

Enjin bot rosak di laut, enam individu diselamatkan

Beluran: Seramai enam individu berdepan detik cemas dilambung ombak di laut apabila bot dinaiki mereka mengalami kerosakan, hari ini.

Bot dinaiki mereka bagaimanapun berjaya diselamatkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan dibantu anggota bomba di kawasan perairan daerah berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2 petang.

“Bilik kawalan BBP Beluran terima panggilan mengenai enjin bot rosak di laut ketika dalam perjalanan pulang dari Pekan Beluran ke Terusan Sugud.

“Seramai enam mangsa diselamatkan oleh pasukan Maitim Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba membuat pemeriksaan dan seterusnya operasi ditamatkan pada 3.35 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|