Empat warga Malaysia ditahan di Nunukan, Indonesia

Indonesia: Empat rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa di Nunukan, Indonesia, selepas dikesan masuk ke negara jiran berkenaan tanpa dokumen perjalanan sah, Khamis lalu.

Memetik laporan media Indonesia, Kaltara.prokal.co mengesahkan, empat individu yang ditahan membabitkan dua remaja berusia di bawah 18 tahun bersama seorang lelaki serta wanita berusia 27 dan 30 tahun

Dansatgas Pamtas Yonarmed 18/Komposit Buritkang, Letkol Arm Yudhi Ari Irawan berkata, semua suspek berjaya ditahan hasil maklumat yang diterima daripada pasukan siasatan berhubung pencerobohan di Patok 7 wilayah Sungai Limau, Sebatik Tengah.

Katanya, semua keempat-empat suspek ditahan ketika membawa karung berisi bunga api dan mercun yang dipercayai dibawa masuk secara haram.

“Semua suspek mendakwa tidak mengetahui kandungan karung yang dibawa dan tidak mengenali mana-mana individu yang sepatutnya mengambil bungkusan berkenaan.

“Suspek mengaku diarahkan untuk membawa bungkusan berkenaan dan akan diterima oleh individu di daerah ini,” katanya.

Menurut laporan itu, tiada sebarang dokumentasi yang ditemui membabitkan semua barangan berkenaan.

Katanya, semua barangan berkenaan terus dirampas dan keempat-empat suspek juga ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|