Hujan lebat, beberapa kawasan di LD dinaiki air

Lahad Datu: Beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air berikutan hujan lebat sejak tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.04 petang.

Kawasan yang dinaiki air akibat hujan lebat sejak tengah hari tadi. Pix Ihsan Bomba 

Katanya, keadaan hujan yang lebat menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

“Operasi menyelamat dan pemantauan sedang dilakukan di kawasan yang dinaiki air.

“Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan media, sebentar tadi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|