Eksesais Samudra Laksamana 2022 kukuh hubungan diplomasi Pertahanan Malaysia – India

Kota Kinabalu: Kapal Tentera Laut India (TLI) kembali ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, bagi menyertai eksesais bilateral bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dikenali sebagai Eksesais Samudra Laksamana.

Eksesais yang dilaksanakan secara lapangan atau Field Training Exercise
ini berlangsung pada 25 sehingga 28 Mei 22 melibatkan INS Satpura daripada TLI dan dua kapal TLDM iaitu KD Perak dan KD Badik.

Perbincangan operasi di antara pegawai operasi kapal, aktiviti sukan persahabatan, pertukaran
informasi dalam bidang kepakaran masing-masing

Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia B N Reddy turut melakukan lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Armada Timur serta melakukan kunjungan singkat kepada Panglima Armada Timur
Laksamana Madya Datuk Sabri Zali pada 26 Mei 22.

Majlis perasmian eksesais telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Armada Timur Laksma Dr Najhan Md Said pada hari yang sama.

Eksesais dilaksanakan secara Field Training Exercise.

Dalam ucapan perasmian eksesais, Laksma Dr Najhan menekankan kepentingan eksesais bilateral seperti ini bukan sahaja mampu meningkatkan hubungan diplomasi pertahanan dan
malah ia turut dapat memberi keyakinan kepada komuniti maritim antarabangsa.

Eksesais telah dimulakan dengan Fasa Pelabuhan pada 26 hingga 27 Mei 22, merangkumi perbincangan operasi di antara pegawai operasi kapal, aktiviti sukan persahabatan, pertukaran
informasi dalam bidang kepakaran masing-masing, majlis resepsi di kapal dan taklimat sebelum pelayaran.

Antara siri latihan pendaratan helikopter di kapal (helicopter deck landing).

Seterusnya, kapal yang terlibat telah menjalani latihan Fasa Laut di perairan Laut Cina Selatan pada 28 Mei 22.

Antara siri latihan utama yang telah dilaksanakan merangkumi siri manuvra
taktis (tactical maneuver), penembakan sasaran permukaan statik (surface static target firing) dan pendaratan helikopter di kapal (helicopter deck landing).

Pelaksanaan Eksesais Samudra Laksamana antara TLDM dan TLI pada kali ini telah berjaya dilangsungkan melalui kesefahaman prosedur operasi maritim dan ianya juga turut memberi impak yang positif kepada hubungan diplomasi pertahanan di antara Malaysia dan India.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|