Ekonomi Sabah beransur pulih – Hajiji

Ekonomi Sabah beransur pulih – Hajiji

Kota Kinabalu: Ekonomi Sabah menunjukkan pemulihan secara beransur-ansur pada tahun lalu meskipun belum setara dengan prestasi ekonomi pada 2019.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata berdasarkan dapatan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang dimuatkan dalam buku Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut negeri pada 30 Jun lalu, KDNK Sabah berjumlah RM78.7 bilion pada 2021.

Hajiji melawat pameran sempena Siri Jelajah Penemuan Utama Banci Malaysia Tahun 2020 Negeri Sabah di Wisma Wanita, Kota Kinabalu.

Katanya, jumlah itu menunjukkan pertumbuhan 1.1 peratus berbanding KDNK 2020 yang mencatat sebanyak RM77.8 bilion ketika pandemik Covid-19 sedang menular di seluruh negara.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, kadar pertumbuhan KDNK Sabah pada 2020 menyusut kepada negatif 7.8 peratus berbanding KDNK pada 2019.

“Sektor perkhidmatan mendominasi sumbangan kepada KDNK negeri Sabah iaitu sebanyak 47.3 peratus, diikuti sebanyak 26 peratus sumbangan daripada sektor perlombongan dan pengkuarian.

“Terdapat peningkatan KDNK perkapita bagi negeri Sabah iaitu RM26,674 pada 2021 berbanding RM21,706 pada 2020. KDNK perkapita negeri Sabah berada di bawah paras nasional.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Siri Jelajah Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 Negeri Sabah di Ballroom Wisma Wanita Sabah, di sini, hari ini.

Katanya, KDNK perkapita Malaysia pada tahun lalu RM47,324.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|