Ebit Lew dibicara di Tenom mulai esok

Ebit Lew dibicara di Tenom mulai esok

Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret Tenom bakal menjadi tumpuan berikutan perbicaraan pendakwah terkenal, Ebit Lew yang berdepan pertuduhan kes gangguan seksual, bermula esok.

Ebit, 37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual yang dibicarakan hingga Jumaat ini.

Pada 18 Februari lalu, Ebit dihadapkan di mahkamah sama untuk pendakwaan bagi semua pertuduhan terhadapnya.

Beliau didakwa atas 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dan dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM1,000 bagi setiap pertuduhan berserta dua penjamin.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|