Dua wanita dipenjara dua tahun beri maklumat palsu permohonan ganti kad pengenalan

Dua wanita dipenjara dua tahun beri maklumat palsu permohonan ganti kad pengenalan

Kota Kinabalu: Dua wanita warga asing masing-masing dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memberikan maklumat palsu ketika membuat permohonan mengganti kad pengenalan yang hilang.

Murada Rabung, 32, pemegang dokumen IMM13 membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles manakala Nor Hasna Paisal, 19, turut membuat pengakuan sama di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Murada disyaki telah memberikan maklumat palsu ketika membuat permohonan gantian hilang kad pengenalan 960622-12-5050 atas nama Nazira binti Eranza di Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Kinabalu pada 21 Julai 2022.

Mananakala Nor Hasna yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri disyaki telah memberi maklumat palsu kerika membuat permohonan gantian hilang Kad Pengenalan bernombor 950320-12-5056 atas nama Erah Eranza di Bahagian Kad Pengenalan, JPN Kota Kinabalu, pada 22 Julai 2022.

Kedua-duanya didakwa di bawah perkara 25 (1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 dan boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 24 bulan penjara dari tarikh kedua-dua tertuduh ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan dikendalikan Pengawai Pendakwa Mohd Naser bin Mohd Nadzeri manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|