Dua maut terkena renjatan elektrik

Dua maut terkena renjatan elektrik

Papar: Dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba membaiki lampu jalan di Apartment Bukit Melinsung, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, dua mangsa maut berusia 54 dan 61 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa selepas bekalan elektrik diputuskan oleh pihak SESB.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.25 pagi.

Katanya, sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Mengikut laporan, semua ketiga-tiga mangsa lelaki terkena renjatan elektrik ketika sedang membaiki lampu jalan.

“Pasukan bomba terus bertindak mengeluarkan mangsa selepas bekalan elektrik diputuskan oleh pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB),” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, seorang mangsa dilaporkan terselamat dan dua orang mangsa lagi disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, mayat kedua-dua mangsa terus seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.51 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|