Dua maut kereta bertembung 4WD

Dua maut kereta bertembung 4WD

Kinabatangan: Dua maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux di Jalan Tongod, Kampung Kiandungo, di sini, malam tadi.

Kejadian jam 7.30 malam itu, kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita berusia 27 dan 54 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pasukan bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa di dalam kereta Proton Saga FLX.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.36 malam.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan digerakkan ke lokasi berkenaan.

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Proton Saga FLX bertembung dengan 4WD Toyota Hilux.

“Terdapat dua mangsa di kereta Proton Saga FLX berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Manakala lima individu di 4WD Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 10.21 malam,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|