Dua kanak-kanak cedera kereta terbakar

Dua kanak-kanak cedera kereta terbakar

Tawau: Dua kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki bersama bapa mereka terbabit kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda sebelum terbakar di Batu 14, Jalan Apas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, kedua-dua kanak-kanak perempuan yang menaiki Honda City terbabit bagaimanapun hanya mengalami kecederaan akibat kemalangan selepas berjaya dibawa keluar sebelum berlaku kebakaran.

Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu. Video Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.14 pagi.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kemalangan didapati membabitkan empat mangsa dengan dua daripadanya mengalami kecederaan.

“Kedua-dua mangsa yang cedera sudah dihantar ke Hospital Tawau oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dilokasi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba terus menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu.

Katanya, api berjaya dikawal pada jam 8.40 pagi namun maklumat mengenai mangsa gagal diperolehi.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.50 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|