Dua hilang, tiga selamat bot karam

Semporna: Dua individu dikhuatiri lemas manakala tiga selamat dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Tandoan, di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna telah menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna terdapat bot karam di perairan pulau berkenaan, jam 9.10 malam.

Sesi taklimat sebelum operasi mencari dan menyelamat diteruskan oleh anggota bomba

Katanya, seramai lima anggota bersama sebuah bot dari BBP Air Semporna dikerah ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat.

“Menurut sumber maklumat dari IPD Semporna terdapat lima mangsa terbabit dan tiga mangsa selamat manakala dua belum ditemui.

“Pasukan bomba bergegas ke lokasi dan operasi menyelamat dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, sebentar tadi.

Katanya, sehingga kini dua mangsa masih belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|