Drive-thru pertingkat keberkesanan perkhidmatan JTU Sabah

Drive-thru pertingkat keberkesanan perkhidmatan JTU Sabah

Kota Kinabalu: Perkhidmatan kaunter secara pandu lalu atau drive-thru akan mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah.

Pengarahnya, Datuk Sr Bernard Liew Chau Min berkata, perkhidmatan itu merupakan salah satu inisiatif jabatan dalam merakyatkan perkhidmatan dan mempermudahkan urusan pembayaran cukai tanah.

Bernard berucap ketika melancarkan perkhidmatan drive-thru JTU di Kota Kinabalu.

Katanya, antara kelebihan perkhidmatan itu adalah memberikan kemudahan kepada pelanggan tanpa perlu memikirkan masalah parkir, tempahan janji temu dan boleh membuat bayaran pada waktu rehat ketika hari bekerja.

“Buat masa ini, perkhidmatan yang disediakan melalui drive-thru adalah pembayaran cukai tanah, bayaran e-Commerce dan semakan cukai tanah.

Bernard (dua kanan) menyempurnakan gimik pelancaran perkhidmatan drive-thru JTU.

“Bagaimanapun, kaedah bayaran melalui kaunter perkhidmatan dan secara dalam talian masih boleh dilakukan,” katanya ketika berucap sempena majlis Pelancaran Perkhidmatan Drive-Thru JTU, di sini, hari ini.

Perkhidmatan itu terletak di ruangan parkir Pejabat Unit Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS), Wisma JTU dan beroperasi mulai jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang setiap Isnin hingga Khamis, manakala Jumaat pula beroperasi pada jam 8.30 pagi hingga jam 11.30 pagi.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JTU, Bahagian Ukur, Wahap Kanak;Timbalan Pengarah JTU, Bahagian Tanah, Awang Fauzi Awang Tahir dan Timbalan Pengarah JTU, Bahagian Pembangunan, Alan Chua Ming Ling.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|