Doa selamat sempena ketibaan Ramadan di Istana Seri Kinabalu

Doa selamat sempena ketibaan Ramadan di Istana Seri Kinabalu

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri kenduri doa selamat dan menunaikan solat Maghrib serta Isyak bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sempena menyambut bulan Ramadan 1443 H / 2022 M di Istana Seri Kinabalu, di sini, malam ini.

Turut hadir beberapa jemaah Kabinet negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.

Hajiji menghadiri kenduri doa selamat dan menunaikan solat Maghrib serta Isyak bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sempena menyambut bulan Ramadan 1443 H / 2022 M di Istana Seri Kinabalu.

Pada majlis itu, Mufti Negeri, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar turut menyampaikan keputusan cerapan anak bulan bagi menentukan tarikh mula berpuasa kepada Tun Juhar dan Hajiji sempena ketibaan Ramadan 1443 H / 2022 M.

Umat Islam di seluruh Malaysia mula berpuasa sempena Ramadan Ahad ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|