Dibaham buaya ketika memancing

Dibaham buaya ketika memancing

Semporna: Seorang lelaki dikhuatiri maut dibaham buaya ketika memancing di Sungai Pegagau, di sini, petang tadi.

Ketika kejadian, mangsa Azman Tugau, 35, dikatakan memancing bersama sepupunya di pinggir sungai berkenaan, kira-kira jam 3 petang.

Sepupu mangsa berjaya melarikan diri sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna menerima laporan mengenai kejadian itu, pada 7.16 malam tadi.

Katanya, seramai lima anggota dengan menggunakan bot kevlar ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba dalam perjalanan ke lokasi untuk mendapatkan maklumat serta menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Setakat ini, mangsa belum ditemui dan operasi SAR ditangguh jam 8.51 malam tadi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pencarian akan disambung semula pada 7 pagi esok.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|