Datuk Sarul Bahiyah wanita pertama dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah

Datuk Sarul Bahiyah wanita pertama dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah

Kota Kinabalu: Bekas Setiausaha Bahagian Kanan Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Sarul Bahiyah Abu dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah yang baharu berkuat kuasa pada 21 Februari lalu.

Beliau yang menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan menggantikan Datuk Dr Zulkapli Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Sarul Bahiyah hari ini diperkenalkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah ketika kunjungan hormat di Menara Kinabalu, di sini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|