Cubaan seludup minyak masak subsidi gagal

Cubaan seludup minyak masak subsidi gagal

Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 476 kilogram minyak masak paket bersubsidi di kawasan laut Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, anggota dan Pegawai PPM Semporna yang sedang menjalankan rondaan di kawasan laut berkenaan mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan.

Anggota PPM menunjukkan minyak masak subsidi yang cuba diseludup ke negara jiran.

Ketika bot PPM Semporna cuba menghampiri, juragan bot terbabit memecut laju menuju ke kawasan cetek lalu bertindak terjun daripada bot dan melarikan ke kawasan bakau di Kampung Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum.

Usaha mengesan suspek gagal kerana kawasan bakau serta keadaan gelap.

Rampasan minyak masak bersubsidi dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk siasatan lanjut.

Hasil pemeriksaan ke atas bot laju yang ditinggalkan menemui 28 bungkus minyak masak bersubsidi pelbagai jenama dengan setiap bungkusan mengandungi 17 paket yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

Jumlah keseluruhan rampasan termasuk bot serta enjin bernilai RM19,000.

Seterusnya rampasan dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|