Cuaca buruk hujan berterusan di Bahagian Sandakan, Kudat hingga Isnin

Cuaca buruk hujan berterusan di Bahagian Sandakan, Kudat hingga Isnin

Kota Kinabalu: Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) petang ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Bahagian Sandakan dan Kudat berkuatkuasa hingga Isnin ini (26 Disember).

Menerusi satu kenyataan petang ini, jabatan itu meramalkan hujan berterusan tahap buruk di semua daerah di kedua-dua bahagian berkenaan termasuk Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

Pada masa sama amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga Isnin ini turut dikekalkan di kawasan pedalaman dan pantai barat Sabah, selain Wilayah Persekutuan Labuan.

Amaran itu merangkumi daerah Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort.

Amaran yang sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak, antaranya Miri (Subis, Beluru dan Marudi) serta Limbang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|