Covid-19 Sabah: Tiada daerah catat kes tiga angka hari ini

Covid-19 Sabah: Tiada daerah catat kes tiga angka hari ini

Kota Kinabalu: Jangkitan baharu Covid-19 di Sabah hari ini menyaksikan tiada daerah mencatat kes tiga angka, iaitu yang pertama sejak 4 Februari lalu ketika kes Covid-19 naik secara mendadak.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Sabah turut merekodkan penurunan 82 lagi kes kepada 339 kes hari ini, berbanding 421 kes semalam.

Secara keseluruhan, katanya jumlah kes baharu menunjukkan trend penstabilan dengan beberapa daerah mencatatkan penurunan kes harian yang agak baik.

“Ini termasuk Kota Kinabalu yang mencatatkan hanya 65 kes (-39), Putatan lapan kes (-19), Tuaran 37 kes (-18) dan Penampang 20 kes (-15).

“Antara daerah yang mencatat jumlah jangkitan baharu yang lebih tinggi berbanding semalam ialah Lahad Datu 12 kes (+12) dan Ranau 16 kes (+11).

“Sebagai satu peringatan, peratusan jangkitan sporadik susut sedikit hari ini tetapi masih tinggi dengan 59.88 peratus,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Masidi berkata, sebanyak 15 daerah mencatat kes dua angka, diikuti sembilan daerah mencatat kes satu angka, manakala daerah Semporna, Kunak dan Nabawan tidak mencatat sebarang jangkitan baharu hari ini.

Katanya, sebanyak 326 atau 96.16 peratus daripada 339 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, diikuti dua kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalam Kategori 4 dan empat kes dalam Kategori 5.

“Empat kluster turut diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Pintas Sembulan (Kota Kinabalu), Kluster Sutera 2 (Kota Kinabalu), Kluster Giram (Kunak) dan Kluster Kemburongoh 2 (Ranau).

“Dengan penamatan kluster tersebut, jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah 14 kluster,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 20 Mac 2022
Sabah 339 (421)

Kota Kinabalu 65 (104)
Tuaran 37 (55)
Papar 27 (37)
Penampang 20 (35)
Keningau 20 (14)
Tawau 20 (12)
Ranau 16 (5)
Sandakan 15 (17)
Kota Marudu 15 (15)
Tambunan 13 (12)
Lahad Datu 12 (0)
Tenom 12 (5)
Beaufort 12 (25)
Sipitang 11 (10)
Kota Belud 11 (8)
Kuala Penyu 9 (5)
Putatan 8 (27)
Kudat 5 (5)
Telupid 3 (3)
Kinabatangan 3 (3)
Kalabakan 2 (2)
Beluran 1 (8)
Pitas 1 (8)
Tongod 1 (3)
Semporna 0 (1)
Kunak 0 (2)
Nabawan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 19 Mac 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|