Covid-19 Sabah: Sabah kini dalam fasa yang stabil

Covid-19 Sabah: Sabah kini dalam fasa yang stabil

Kota Kinabalu: Jangkitan harian Covid-19 di negeri ini yang berada dalam lingkungan 200 kes sejak kebelakangan ini menunjukkan Sabah kini berada dalam fasa yang stabil.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata hari ini saja, catatan kes baharu Covid-19 hanya 172 kes, turun empat kes berbanding 176 kes semalam.

“Bagaimanapun, rakyat perlu sentiasa berhati-hati dan tidak alpa kerana peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi hari ini iaitu 68 peratus,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Sementara itu, Masidi berkata jumlah daerah yang mencatat peningkatan dan penurunan kes baharu hari adalah seimbang iaitu masing-masing 12 daerah, manakala tiga daerah mencatat kes yang sama seperti semalam.

Katanya, perubahan jumlah jangkitan harian di hampir semua daerah di Sabah adalah pada kadar satu angka kecuali Kota Kinabalu yang bertambah 17 kes dan Penampang mencatat penurunan 15 kes berbanding semalam.

“Secara keseluruhan, empat daerah di Sabah mencatat kes dua angka iaitu Kota Kinabalu (57 kes), Penampang (12 kes), Sandakan (12 kes) dan Papar (10 kes).

“Sebanyak 21 daerah lagi mencatat kes baharu satu angka dengan 17 daripadanya hanya mencatat antara satu hingga lima kes sahaja, manakala tiada kes baharu di Nabawan dan Tongod,” katanya.

Katanya, sebanyak 164 daripada 172 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, diikuti lima kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 8 April 2022
Sabah 172 (176)

Kota Kinabalu 57 (40)
Penampang 12 (27)
Sandakan 12 (4)
Papar 10 (17)
Beaufort 9 (6)
Tuaran 8 (10)
Tenom 7 (7)
Kudat 6 (2)
Tambunan 5 (4)
Kuala Penyu 5 (4)
Lahad Datu 5 (2)
Sipitang 5 (1)
Telupid 4 (2)
Keningau 4 (6)
Tawau 4 (7)
Kota Marudu 3 (5)
Putatan 3 (12)
Semporna 2 (2)
Ranau 2 (6)
Kinabatangan 2 (2)
Pitas 2 (1)
Kota Belud 2 (3)
Beluran 1 (2)
Kunak 1 (0)
Kalabakan 1 (0)
Nabawan 0 (1)
Tongod 0 (3)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 7 April 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|