Covid-19 Sabah: Penurunan kes berterusan hari ini

Covid-19 Sabah: Penurunan kes berterusan hari ini

Kota Kinabalu: Jangkitan Covid-19 di Sabah terus menunjukkan penurunan dengan sebanyak 591 kes baharu direkodkan hari ini, berbanding 622 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata bilangan daerah yang mencatat penurunan dan peningkatan kes juga agak seimbang hari ini.

Katanya, sebanyak 13 daerah mencatat peningkatan kes, manakala 11 daerah mencatat penurunan kes dengan daerah Beaufort merekodkan penurunan kes baharu agak besar sebanyak 30 kes.

“Tiga lagi daerah kekal sebagaimana catatan semalam. Peratusan jangkitan sporadik bagaimanapun masih tinggi, iaitu hampir 63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes harian,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Masidi berkata daerah Kota Kinabalu kekal sebagai satu-satunya daerah yang mencatat kes baharu tiga angka dengan 174 kes hari ini tetapi berkurang 18 kes berbanding jumlah semalam.

Katanya, sebanyak 16 daerah mencatat kes dua angka dan lapan daerah lagi mencatat kes satu angka, manakala Tambunan dan Tongod tidak mencatat sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu.

“Sebanyak 582 kes atau 98.47 peratus daripada 591 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, diikuti tiga kes dalam Kategori 3, empat kes dalam Kategori 4 dan dua kes lagi dalam Kategori 5,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata tiga kluster diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Bypass Kologon (Ranau), Kluster Simpangan (Beluran) dan Kluster Bukit Garam (Kinabatangan) menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di Sabah sebanyak 22 kluster.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 15 Mac 2022
Sabah 591 (622)

Kota Kinabalu 174 (192)
Papar 50 (53)
Tuaran 46 (42)
Penampang 42 (58)
Keningau 35 (16)
Sandakan 26 (34)
Kota Belud 22 (20)
Kuala Penyu 19 (21)
Sipitang 18 (18)
Tawau 18 (6)
Putatan 18 (22)
Tenom 17 (23)
Beaufort 17 (47)
Ranau 14 (10)
Kota Marudu 13 (11)
Kudat 13 (7)
Telupid 12 (6)
Beluran 7 (3)
Kinabatangan 7 (7)
Lahad Datu 6 (6)
Nabawan 5 (2)
Pitas 5 (4)
Kunak 3 (2)
Semporna 2 (1)
Kalabakan 2 (3)
Tambunan 0 (6)
Tongod 0 (2)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 14 Mac 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|