Covid-19 Sabah: Penampang catat kes tertinggi hari ini

Covid-19 Sabah: Penampang catat kes tertinggi hari ini

Kota Kinabalu: Daerah Penampang hari ini mendahului daerah lain dengan catatan 50 kes baharu Covid-19, meningkat mendadak sebanyak 31 kes berbanding hanya 19 kes semalam.

Ia menjadikan Penampang paling tinggi jangkitan baharu hari ini mengatasi Kota Kinabalu di kedudukan kedua (44 kes), Ranau (27 kes), Kota Belud (19 kes), Papar (16 kes) dan Tuaran (14 kes).

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata peningkatan yang berlaku di Penampang melebihi dua kali ganda berbanding jumlah semalam.

“Kesemua enam daerah ini adalah yang mencatat jumlah kes baharu dua angka. Sebanyak 18 daerah hanya mencatat kes satu angka, manakala Semporna, Kunak dan Tongod tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Masidi bagaimanapun berkata, secara keseluruhan jumlah kes baharu di Sabah susut sebanyak 13 kes, menjadikan kes baharu hari ini berkurang kepada 244 kes berbanding 257 kes semalam.

Katanya, sebanyak 241 daripada 244 kes yang direkodkan hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, diikuti dua kes dalam Kategori 3, satu kes dalam Kategori 4 dan tiada kes yang direkodkan dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 14 Januari 2022
Sabah 244 (257)

Penampang 50 (19)
Kota Kinabalu 44 (65)
Ranau 27 (15)
Kota Belud 19 (9)
Papar 16 (17)
Tuaran 14 (33)
Kuala Penyu 9 (11)
Keningau 9 (14)
Kota Marudu 7 (8)
Tawau 6 (5)
Telupid 5 (0)
Lahad Datu 5 (0)
Sandakan 5 (20)
Tambunan 4 (6)
Beaufort 4 (7)
Putatan 4 (5)
Sipitang 3 (2)
Pitas 3 (1)
Beluran 2 (1)
Kinabatangan 2 (2)
Nabawan 2 (2)
Tenom 2 (7)
Kalabakan 1 (0)
Kudat 1 (3)
Semporna 0 (0)
Kunak 0 (1)
Tongod 0 (4)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 13 Januari 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|